Tuesday, May 19, 2009

samb gambar2 yang berjaya dirakam4





samb gambar2 yang berjaya dirakam2





samb gambar2 yang berjaya dirakam





lagi gambar2 yang berjaya dirakam





5 Negeri 1 Wilayah Persekutuan






salam kembali...
setelah lama tidak bersua akhirnya penulis kembali ke ruang maya untuk berkongsi dengan sidang pembaca sekalian...
tajuk yang tertera sebenarnya merupakan peristiwa perjalanan musafir penulis menempuh ke 5 negeri dan satu wilayah persekutuan ketika bercuti selama 2 hari. berikut adalh gamabar2 yg sempat penulis rakamkan sebagai bukti dan kenangan ketika bermusafir untuk menziarahi sahabat dan boleh dikatakan musafir dalam kerangka menziarahi pimpinan..
bermula di Perak penulis dan beberapa sahabat yang lain melalui Selangor sebelum tiba di PWTC Kuala Lumpur untuk menghadiri Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Hasrat yang murni itu diteruskan pula dengan menziarahi teman sebilik penulis iaitu Md Azri bin Abd Halim dirumahnya yang terletak di Keramat Kuala Lumpur. Setelah menjamu selera masakan tengah hari ibu beliau, penulis bersama2 sahabat yang lain meneruskan perjalan ke Terengganu tanpa dirancang.(rancangan asal pulang semula ke Perak setelah selesai menghadiri karnival kerjaya). Tapi taqdir menetapkan perjalanan kami berterusan hingga ke Terengganu secara tepatnya ke Kemasik. Tempat dituju adalah rumah seorang lagi sahabat iaitu saudara syafie(baca pi'e)Petroleum Engineering student sama seperti azri(aka mabahtuswak). Disana kami dilayan dengan baik sebagai tetamu. begitulah indahnya adab dan akhlak muslim seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila dikunjungi tetamu.
Diriwayatkan dalam satu hadith yang berbunyi " barang siapa yg beriman dengan Allah dan Hari Kiamat hemdaklah ia berkata baik ataupun diam, dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat hendaklah dia memuliakan jirannya, dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat hendaklah dia memuliakan tetamunya"(salah satu hadith dalam Matan Arbain karangan Imam Nawawi).
Di rumah Pi'e kami dijamu denagn makan malam dan diberi sepersalinan pakaian dan tempat bermalam kerana persinggahan kami yang tidak dirancang itu menyebabkan kami hanya datang sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang pakaian tamabahan melainkan beberapa kelengkapan solat.
Malam itu kami juga dibawa kepantai indah ciptaan Allah yang tidak jauh dari rumah Pi'e. Maha hebat ciptaan Allah apabila kami melabuhkan kereta unser milik ayah Pi'e ditepi pantai sambil melihat bintang2 yang penuh di kaki langit ketika itu. Masing pun mula brcerita dan menunjuk gugusan bintang yg dianggap buruj tertentu.Setelah mentadabbur alam buat seketika kami pulang semula ke rumah.
Kesokan harinya kami sekali lagi dibawa ke Pantai kemasik, tapi kali ini untuk merasai dan menikmati sendiri kejernihan, kemasinan dan kebersihan pantai Kemasik yang masih terjaga dan terpelihara. Pagi itu kami mandi dipantai. Subhanallah, nikmat sungguh rasanya mandi di pantai. Ketika itu jam baru sahaja 7.10 pagi. terinagt pula firman Allah yang bermaksud "andai sekiranya semua air laut dijadikan tinta dan semua pokok2 dijadikan pena, dan ditambah lagi... nescaya tidak akan cukup untuk menulis ilmu2 Allah." begitulah sedikit renungan buat kami yg masih menuntut. Banyak lagi ilmu yg tiada, tetapi adakala kita lupa dengan ilmu sedikit yang Allah berikan.
Selepas mandi dan sarapan, perjalanan di teruskan lagi ke rumah tuan presiden(sebut Farouqi-presiden MPPUTP). inilah yang kami panggil ziarah pimpinan. Kami kerumah nya yang terletak di dungun kira2 40 minit perjalanan dari kemasik. Kedatangan kami disambut oleh tuan presiden sendiri dengan keropok lekor dan aiskrim. ringkas tapi sedap. sempat juga gamabr bersama beliau diambil.kira2 jam 11 kami bergegas pulang ke UTP. dipendekkan cerita kami mengambil laluan tidak bertol melalui Kuala Berang-Gua musang-jendarata, jadialh kami melalui Terengganu, kelantan dan pahang. kami sem[pat melalui Tasik Kenyir , antara tasik terbesar buatan manusia. Dengan Myvi silver AGN 458 kmai terus memecut menuju destinasi dituju. Ingatkan panas berpanjangan rupa-rupanya hujan ditengahri. kami diuji sedikit oleh Allah ketika dalam perjalanan pulang ini. ujian ini terasa beratnya lebih kepada pemandu ketika itu iaitu saudara Hafizudin apabila ditahan di satu pemeriksaan polis dan di kenakan saman gara2 memandu dlm keadaan lesen tamat tempoh hampir sebulan, yang kebetulan juga baru diperasani oleh saudara pemandu ketika itu. situasi tersebut benar2 mengajar kami erti sabar kerana maksud sabar yang sebenar adalh kita bersabar ketika tamparan yang pertama, bermaksud apabila pertama kali mendapat tahu disaman, ketika itu juga kita bersabar. moral of the story, nak jalan jauh chek dulu lesen and road tax. pemandu terpaksa bertukar tempat duduk dan penulis terpaksa menggantikan kerana penumpang lain( sebut aziz nordin aka ajis dan firdaus Aziz akan pedot) tiada lesen kereta. perjalanan diteruskan melalui Tanah rata sebelum keluar ke simpang pulai dan seterusnya ke Tronoh. begitulah suka duka perjalanan kami yang tidak dirancang itu. wallahu'alam

Thursday, April 23, 2009

Study week Cooming soon



salam and a very good day to all member of the screen..

Now and onward most of student in higher education will face final of the semester which mean Final exam just around the corner. Before exam week begin they will first fully utilize study week (commonly a week duration). So? How your study week will be?
Stay at libry? Back home? Enjoy yourself? which one will be your activities during your study week? Plan your time well. Like proverb says; If you fail to plan, you plan to fail. All the best to all exam candidate. Keep your healthy well and coop with stress limit so you will always in study desire to achieve a best result at the end of the day. Think of ypur parent's hope and your responsibilities as scholar holder and what so ever.
Man jadda wa jadda.

Monday, December 29, 2008

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

artikel ini dipetik dari www.zaharuddin.net