Monday, December 29, 2008

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

artikel ini dipetik dari www.zaharuddin.net

Come Back!!!


Setelah kian lama menyepi...kini ada semangat baru selepasa sembuh dari penyakit...dirahsiakan..
Cuti kali ini dipenuhi lagi dengan aktiviti2 santai, kembara, ilmu dan sedikit coretan pengalaman hidup tanpa kuliah mahupun assignment...tapi cukup menguji keimanan,keikhlasan dan istiqamah dalam menempuh hari2 kelmarin...tarbiyah terus berjalan walaupun ada kala iman naik turun tidak menentu...
membuktikan kita masih hamba-Nya yang kerdil,daif lagi lemah yang sentiasa memelukan-Nya tetapi sering melupakannya...
Cuti kali ini bermula setelah final exam berjaya diduki dengan jayanya(duduk berjaya la..)
pengembaraan pulang kerumah berseorangn dengan kereta baru juga 1 pengalaman baru yang dpt dirasakan(gara2 parent x de kat umah kerana g sarawak)...
Belumpun rasa pulang kerumah...jadual dipenuhkan dengan mengembara ke negeri hang Tuah bersama 2 sahabat(bekas teman persekolahan)(afiq dan waqi-mesti bangga kalau 2 org ni taw nama dorg ada kat sini) yang berjaya aku ajak bagi menemani dan merancakkan lagi perjalanan, tidak lupa juga kepada anak buahku yang turut serta dalam journey to the west itu...
Pengalaman 2 minggu di perkampungan ilmu di Melaka itu mengulang kembali sejarah disamping menambah ilmu y sedia ada...terima kasih buat guru2 ku itu...keberkatan ilmu amat dititikberatkan dalam proses mendapatkannya...
Berjumpa dengan sahabat lama, dan para habib menjadikan waktu y yang dihabiskan tersangat berharga...tidak lupa juga pada kalimah ALLAH y terpapar di wajah langit oleh lukisan awan yang berjaya dirakam oleh beberapa orang sahabatku...
pertemuan ataupun perkumpulan ataupun perkampungan ini merupakan yany paling teramai pernah dicatatkan dimana penuntut yang mengikuti program pada kali ini mencecah 100 orang yang datang dari pelbagai latar belakang dari serata pelusuk malaysia... kemudiannya
bersambung...