Friday, August 22, 2008
di suatu petang...
Hari demi hari hari berlalu tetapi kadang kala tidak ramai yang siapa sedar bahawa usia yang semangkin meningkat itu merupakan indikator kepada saat kematian yang semakin dekat. ya hari masih muda...zaman masih panjang...perjalanan masih jauh...akal masih cetek...hidup baru bermula...ilmu baru panjang sejengkal...Namun adakah itu merupakan alasan dan jawapan terbaik bagi kita untuk selamanya mengelak daripada berfikir tentang kematian...di sautu petang jumaat selepas pulang dari solat asar,membaca al-mathurat,memberi santapan beberapa kepingan roti kepada ikan,membaca beberapa potongan kalam allah beserta maksudnya,selepas membaca dan menelaah beberapa tulisan dan pandangan di halaman-halaman penulis-penulis blog yang tumbuh kian pantas bak pantasnya kerdipan mata berkelip, diri ini mula ter ilham untuk jua sama berkongsi di pautan maya ini dengan berbekalkan ilmu,pengalaman,pendirian dan harapan dengan pembaca2 yang sudi meluangkan masa membaca coretan, luahan pandangan dan perkongsian ilmu,maklumat,info,penerangan tentang sesuatu isu yang akhirnya masih boleh ditolak, diterima,dikritik mahupun disokong...berfikirlah dan renungkanlah dengan didasari wahyu,ilmu,fakta,logik,rasional dan emosi...semua perkataan dan pandangan masih boleh diterima dan ditolak serta dipertikaikan kecuali kalam ALLAH dan rasulnya...
"erti hidup pada memberi...", "jadilah seperti pancang ditengah arus"...berbekalkan dua prinsip ini insya allah perkongsian dan penulisan ini akan diteruskan lagi...wallahu'alam...(kalam pertama)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ok x?
kalam pertama tu...
Satu usaha yang baik ke arah pembinaan minda muslim yg sejahtera. Teruskn usaha. membuat blog senang. yang penting ialah mcm ne kita mantain blog tu. Gain trust pembace. (aku ckp mcm dah bertahun ade blog..hehe)
Post a Comment