Wednesday, September 3, 2008
Kalau macam ni...Macam mana eh?
Salam...kalau macam ni macam mane eh? apa hukumnya? batal x puasa? bid'ah? Itu mungkin beberapa persoalan yang biasa timbul dikalangan umat islam apabila menjalani hari2 dalam bulan ramadhan...masing2 ada hujah dan pertikainnya sendiri...Apapun moleklah sekiranya kita mengetahui apakah dalil yang sebenar disetiap kemusykilan dan persoalan berhubung dengan amalan2 dan perbuatan kita disepanjang bulan puasa ini...oleh itu penulis ingin berkongsi sedikit tentang beberapa persoalan dan jawapan kepada permasalahan kita bersama...berikut mungkin persoalan yang berkeliaran di minda kita sekarang...
INHALER
Soalan; Apa hukum semburan Inhaler yang digunakan oleh orang yang penat. Adakah membatalkan puasa bila disembur siang hari Ramadhan?
Jawapan;
Di kalangan ulamak semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat;
1. Sebahagian ulamak antaranya Syeikh ‘Atiyah Saqar (ulamak al-Azhar, Mesir), Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah (ulamak al-Azhar dan mufti Mesir sekarang), Dr. Ahmad al-Kurdi (anggota lujnah fatwa Kuwait) dan beberapa ulamak lagi berpandangan; semburan itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan Inhaler batal puasanya, tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran (sakit) dan wajib ia mengganti puasanya pada hari lain selepas Ramadhan. Jika penyakitnya berpanjangan –tiada harapan sembuh di mana ia perlu berterusan menggunakan Inhaler itu-, tidak dituntut lagi ia berpuasa dan hendaklah ia mengantinya dengan membayar Fidyah kepada orang miskin.
2. Sebahagian ulamak yang lain pula berpandangan; penggunaan Inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sampai setakat dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum, tetapi semata-mata untuk membuka rongga penafasanya. Oleh demikian, semburan Inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan atau minum, maka tidak membatalkan puasa. Di antara ulamak yang berpandangan ini ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Bin Baz (bekas mufti Arab Saudi), Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan beberapa lagi. Selain itu, dalam perbincangan Fiqh berkenaan hal-hal pengubatan/rawatan kali ke 9 juga telah memutuskan bahawa pengunaan Inhaler tidak membatalkan puasa.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 2/18.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 201.
3. al-Kalim at-Thaiyyib (Fatawa Dr. Muhammad Ali Jumah), 1/109.
4. Rujukan internet; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614200), (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528613102) dan (http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=31650).
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:04 PM 0 comments
nantikan persoalan seterusnya...wallahu a'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment