Monday, December 29, 2008

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

artikel ini dipetik dari www.zaharuddin.net

Come Back!!!


Setelah kian lama menyepi...kini ada semangat baru selepasa sembuh dari penyakit...dirahsiakan..
Cuti kali ini dipenuhi lagi dengan aktiviti2 santai, kembara, ilmu dan sedikit coretan pengalaman hidup tanpa kuliah mahupun assignment...tapi cukup menguji keimanan,keikhlasan dan istiqamah dalam menempuh hari2 kelmarin...tarbiyah terus berjalan walaupun ada kala iman naik turun tidak menentu...
membuktikan kita masih hamba-Nya yang kerdil,daif lagi lemah yang sentiasa memelukan-Nya tetapi sering melupakannya...
Cuti kali ini bermula setelah final exam berjaya diduki dengan jayanya(duduk berjaya la..)
pengembaraan pulang kerumah berseorangn dengan kereta baru juga 1 pengalaman baru yang dpt dirasakan(gara2 parent x de kat umah kerana g sarawak)...
Belumpun rasa pulang kerumah...jadual dipenuhkan dengan mengembara ke negeri hang Tuah bersama 2 sahabat(bekas teman persekolahan)(afiq dan waqi-mesti bangga kalau 2 org ni taw nama dorg ada kat sini) yang berjaya aku ajak bagi menemani dan merancakkan lagi perjalanan, tidak lupa juga kepada anak buahku yang turut serta dalam journey to the west itu...
Pengalaman 2 minggu di perkampungan ilmu di Melaka itu mengulang kembali sejarah disamping menambah ilmu y sedia ada...terima kasih buat guru2 ku itu...keberkatan ilmu amat dititikberatkan dalam proses mendapatkannya...
Berjumpa dengan sahabat lama, dan para habib menjadikan waktu y yang dihabiskan tersangat berharga...tidak lupa juga pada kalimah ALLAH y terpapar di wajah langit oleh lukisan awan yang berjaya dirakam oleh beberapa orang sahabatku...
pertemuan ataupun perkumpulan ataupun perkampungan ini merupakan yany paling teramai pernah dicatatkan dimana penuntut yang mengikuti program pada kali ini mencecah 100 orang yang datang dari pelbagai latar belakang dari serata pelusuk malaysia... kemudiannya
bersambung...

Monday, October 6, 2008

Raya dan keluarga?

Ni la rupa ruang tamu bila time raya...selepas tukar langsir ngn letak kuih raya kat meja...huhuhu...kecik je ruang tamu umah penulis ni...

ni la kerang 10 kg yang penulis kopek sebelum dibasuh dan dimasak rendang kerang ni...bila da kopek tinggal 5 kg plak...

ni la anak penulis...ehem3 maksudnya anak buah penulis...heheh comel x? ni anak buah penulis yang ke-9... baby ni sumbing sket dlu time lahir..pastu ade wat operation sket...so bertambah comel jadinya..tapi dye memg comel pun..skang bru pandai jalan..ligat btol...Ingat manusia tu tetap ciptaan terbaik...

Ni la umi n abi pada anak buah penulis tadi...abg yang 2nd...

kurang meriah bergambar dipagi raya...sebab kakak ngn abg sulong penulis lum sampai lgi pagi tu...so ini je lah yang ade sebelum pergi sembahyang raya...klu ikutkan ramai lagi...ade 13 org lagi lum dtg time tu..huhuhu nmpaknya tema taun ni biru ngn hijau plak... x rancang pon...
(belakang: dari kiri abg bongsu(bajet silau kene flash--merujuk cermin mata hitam y dipakai-- ngn penulis kot, duduk dari kiri mak ngn abah ngn anak buah, kat bawah akak ipar ngn abg 2nd)

Raye oh Raya


salam syawal...
lama dah xtak singgah page ni dek busy dengan urusan duniawi...
Apapun tibalah masa untuk meng"update" semula blog ni...
disebabkan sekarang still in mode or mood raya...so molek benarlah punulis sentuh sikit bab raya ni...
Bagi setengah pihak hari raya merupakan hari kemenangan umat islam setelah berpuasa 30 purnama adanya...(betul ke 30 purnama..hehe) senang cerita 30 hari lamanya..tu pun bagi yang puasa penuh la...
setengah pihak pula beranggapan hari raya ni merupakan hari pelepasan dari berbuat perkara2 yang membatalkan puasa...ye la...sebab dah abih puasa...ada pulak yang merasakan hari raya ni merupakan hari bergembira semata2...
cuba fikir2 kan apa ertinya hari raya bagi kita...
Penulis ada mendengar ceramah beberapa hari yang lepas berkenaan hari raya ni...
bagi umat islam ada lebih kurang 5 atau 6 hari raya...
1. Hari raya bagi umat islam ialah apabila hari2 yang dilaluinya tanpa sebarang amaln dosa yang tercatit pada buku amalannya..
2. Hari raya bagi umat islam juga ialah apabila hari si hamba dpt menghadap dan melihat wajah Tuhan-Nya..
3. 4. 5. 6. cari sendiri...

Monday, September 8, 2008

kalau macam ni pulak?


persoalan yang menarik untuk dikongsikan sempena bulan puasa...
SOLAT TERAWIH DAN SELAWAT SELEPASNYA

Soalan; ust tolong jwb permasalahan ttg:
-tarawih secara individu di rumah dan berjemaah berdasarkan amalan Rasulullah dan pandangan para fuqaha
-amalan berselawat ke atas baginda dan ke atas khulafak rasyidin antara rakaat2 tarawih
-bilangan rakaat tarawih berdasarkan pandangan para fuqaha

Jawapan;

Mengenai bilangan rakaat solat terawih dan yang berkaitan dengannya termasuk menunaikannya secara berjamaah atau bersendirian di rumah telah saya huraikan dalam blog Laman Fiqh Anda, sila ruruk; (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Adapun mengenai amalan berselawat selepas setiap dua rakaat, secara khusus amalan itu tidaklah pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para sahabat sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Namun, amalan berselawat itu sendiri terdapat banyak hadis menggalakkannya secara umum tanpa menghadkan masa dan tempat. Di antaranya hadis yang masyhur (bermaksud); “Sesiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali”. Oleh itu, sebahagian ulamak tidak melarang amalan berselawat selepas solat Terawih tersebut kerana ada sandarannya di dalam nas sekalipun ianya bid’ah (baru) dari sudut hai-ah atau kaifiyatnya. Ia termasuk dalam kategori Bid’ah Idhafiyah. Namun, ulamak-ulamak yang amat menekankan keaslian amalan –iaitu ulamak-ulamak aliran Salafiyah, antaranya Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan sebagainya- mereka menentang sebarang bentuk Bid’ah (perkara baru) dalam agama termasuk dalam hal kaifiyat dan hai-ah. Sila baca huraian tentang bid’ah dalam blog Koleksi al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/menangani-masalah-khilafiyah-dan-bidah.html).

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:36 AM

Wednesday, September 3, 2008

Kalau macam ni...Macam mana eh?


Salam...kalau macam ni macam mane eh? apa hukumnya? batal x puasa? bid'ah? Itu mungkin beberapa persoalan yang biasa timbul dikalangan umat islam apabila menjalani hari2 dalam bulan ramadhan...masing2 ada hujah dan pertikainnya sendiri...Apapun moleklah sekiranya kita mengetahui apakah dalil yang sebenar disetiap kemusykilan dan persoalan berhubung dengan amalan2 dan perbuatan kita disepanjang bulan puasa ini...oleh itu penulis ingin berkongsi sedikit tentang beberapa persoalan dan jawapan kepada permasalahan kita bersama...berikut mungkin persoalan yang berkeliaran di minda kita sekarang...

INHALER

Soalan; Apa hukum semburan Inhaler yang digunakan oleh orang yang penat. Adakah membatalkan puasa bila disembur siang hari Ramadhan?

Jawapan;

Di kalangan ulamak semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat;

1. Sebahagian ulamak antaranya Syeikh ‘Atiyah Saqar (ulamak al-Azhar, Mesir), Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah (ulamak al-Azhar dan mufti Mesir sekarang), Dr. Ahmad al-Kurdi (anggota lujnah fatwa Kuwait) dan beberapa ulamak lagi berpandangan; semburan itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan Inhaler batal puasanya, tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran (sakit) dan wajib ia mengganti puasanya pada hari lain selepas Ramadhan. Jika penyakitnya berpanjangan –tiada harapan sembuh di mana ia perlu berterusan menggunakan Inhaler itu-, tidak dituntut lagi ia berpuasa dan hendaklah ia mengantinya dengan membayar Fidyah kepada orang miskin.

2. Sebahagian ulamak yang lain pula berpandangan; penggunaan Inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sampai setakat dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum, tetapi semata-mata untuk membuka rongga penafasanya. Oleh demikian, semburan Inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan atau minum, maka tidak membatalkan puasa. Di antara ulamak yang berpandangan ini ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Bin Baz (bekas mufti Arab Saudi), Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan beberapa lagi. Selain itu, dalam perbincangan Fiqh berkenaan hal-hal pengubatan/rawatan kali ke 9 juga telah memutuskan bahawa pengunaan Inhaler tidak membatalkan puasa.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 2/18.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 201.
3. al-Kalim at-Thaiyyib (Fatawa Dr. Muhammad Ali Jumah), 1/109.
4. Rujukan internet; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614200), (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528613102) dan (http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=31650).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:04 PM 0 comments

nantikan persoalan seterusnya...wallahu a'lam..

Monday, September 1, 2008

31 ogos + 1 = 1 september = 1ramadhan


aLAHAMDULILLAH syukur kehadrat illahi dengan limpah nikmat kurnia dan kasih sayangnya dapat lgi kita bertemu dengan satu ramadhan...
Tahun ini telah disambut oleh kebanyakn muslimin seluruh dunia 1 ramadhan bersamaan 1 september...dimana sebelumya pula rakyat malaysia tidak ketinggalan dalam menyambut hari kemerdekaan...
Fenomena ini sedikit sebanyak merubah cara sambutan kemerdekaan dan ramadhan itu sendiri...
Segolongannya dilihat lebih menghormati bulan ramdhan dengan berpada-pada dalam smbutan kemerdekaan...
Segolongan lagi dengan semangat kebangsaan yang tinggi masih cuba menyambut hari kemerdekaan dengan semeriah dan sehangat yang mungkin...
Apepun itu semuah hasil dari natijah pemikiran dan fikrah individu masing2 yang memandang isu ini dengan lebih matang dan berhati2...
Penulis 2 hari sebelum 1 ramadhan begitu sibuk dengan tugas dan beberapa kerja yang telah diamanahkan sehingga agak keletihan dalam menyambut 1 ramadhan dan malam terawikh yang pertama...
Agaknya bagaimana keadaan sahabat2 kita yang menyertai acara tertentu dalam sambutan kemerdekaan baru2 ini...mesti letih bukan...
Oleh itu penulis berharap sahabat2 itu x mempunyai pengalamn yg kurang baik dalam menyambut 1 ramadhan y begitu berkat dengan pahala yang banyak yang telah dijanjikan pula...mesti dianggap rugi pabila kita meninggalkan solat2 sunat dan perkara2 sunat lain yang hanya boleh dilakukan ketika bulan ramadhan sahaja yang puncanya kita keletihan kerana menyambut sesuatu yang lain...
Syukur juga dipanjatkan kerana diberi peluang bersahur dan berbuka bersama keluarga pada 1 ramadhan kali ini...Nikmatnya berkumpul bersama untuk bersahur dan berbuka tidak sama dengan besahur dan berbuka bersama-sama rakan...
diharapkan hari2 seterusnya dapat ditempuhi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sepanjang bulan ramadhan ini khususnya dan bulan2 seterusnya umumnya...
eosk kuliah bermula seperti biasa cuma yang lainya bila ngnatuk x boleh kunyah gula2 atau makan keropok...huhhuh...
apepun esok bermula lagi hari2 kuliah dan assignment quiz test presentation report yg kne disiapkan dan di submit mengikut due date masing2...

Friday, August 29, 2008

Tingkatkan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran


MENJELANG Ramadan, umat Islam disaran agar bersedia untuk membersihkan hati bagi memantapkan lagi amal ibadah sepanjang bulan mulia ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar cuba menghuraikan beberapa isu-isu yang terungkap dalam bulan penuh rahmah ini. Ikuti bual bicara wartawan, ANIS NAZRI bersama beliau.
Iklan




Harakah: Persediaan seorang mukmin 'menikmati' Ramadan kali ini?

Dr Hamzah: Dalam Islam, persediaan yang paling penting ialah jiwa untuk melakukan perbersihan jiwa. Ada di kalangan orang Islam sendiri tidak bersedia untuk membersihkan hati dari sifat mazmumah dan kotoran dosa. Antaranya seorang mukmin itu perlu memberi ruang masa dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Bagi kita yang hidup di akhir zaman ini, kedua-dua amalan ini sudah cukup untuk meringankan anggota badan beribadat sepanjang Ramadhan termasuk puasa, tarawikh dan qiamulail. Ia ibarat kereta, jika tak servis pemanduan tidak lancar. Setelah diservis, pasti lancar pemanduannya.

Pandangan Ustaz, bagaimana kesan Program Tazkirah terhadap ahli jamaah, khususnya di Lembah Kelang?

Tazkirah ini penting kerana ia menjadi tradisi sepanjang Ramadan apabila orang yang tidak datang ke surau pun, akan datang. Mereka ini datang dengan jiwa yang kosong. Hati dan jiwa ini boleh dihidupkan dengan tazkirah tersebut.

Namun, dalam metodologi dakwah, saya berpendapat tazkirah hanya perlu diberi tidak lebih setengah jam kerana orang yang jiwanya kosong akan lebih mudah jemu. Cukuplah tazkirah yang pendek, padat, tetapi menarik.

Apa pandangan ustaz tentang sesetengah surau di Lembah Kelang yang melakukan solat tarawikh lapan rakaat dan sebilangan lain 21 rakaat?

Bagi saya, tiada ketetapan mengenai jumlah rakaat tersebut, tetapi melihat kepada keadaan semasa. Dalam kehidupan akhir zaman ini, saya fikir eloklah lapan rakaat kerana ia boleh diselangi dengan tazkirah yang berperanan penting dapat memberi kesan kepada para jamaah.

Trend berbuka puasa di hotel-hotel. Adakah ini satu pembaziran atau dapat meningkatkan ukhuwah seperti yang dilakukan di surau-surau?

Berdasarkan pengalaman saya, berbuka puasa di hotel ini jelas berlakunya pembaziran. Di samping itu, status mengenai halal makanan yang dihidangkan juga perlu diberi perhatian. Namun, apa yang penting bagi saya pembaziran itu memang banyak berlaku jika berbuka puasa di hotel. Bagi saya apa yang lebih baik ialah berbuka sahaja di surau atau masjid.

Nasihat ustaz bagi pembaca Harakah untuk Ramadhan kali ini?

Saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa perbanyakkan amalan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran. Ini kerana amalan di bulan Ramadan hendaklah dilanjutkan ke bulan-bulan seterusnya.

Black out!!!! gelap...x nmpak skrip..


Assalamualaikum...minggu ni penulis sekali lagi melalui hari2 yang begitu mencabar dan bersangatan letih akannya.Namun itu semua bukanlah menjadi satu yang pelik atau luar biasa sebenarnya jika anda seorang muslim...jika anda seorag da'i...jika anda seorang hamba ALLAh...jika anda seorang ummat Muhammad...jika anda seorang mahasiswa...jika anda seorg ketua...jika anda seorang ahli bawahan...jika anda seorng anak...jika anda seorg adik...jika anda seorang pakcik...jika anda seorang sahabat...ataupun jika anda seorg yang sangat baik hati...masing2 punya peranan yang tersendiri dan perlu bertindak mengikut lagaknya masing2...Ingatlah semua hak2 itu akan dipersoal kelak...


Namun bagaimana jika anda seorang EMCEE...yang x berpengalaman menjadi MC berbahasa inggeris tanpa menyedari teruk juga bahasa inggeris yang anda miliki...dan bagaimana pula jika berlaku perkara2 yang tidak diduga...pelbagai masalah timbul dan anda tiada "back-up" atau pelan alternatif bagi menangani masalah tersebut...


Nah inilah hasilnya...majlis rasmi yang tidak langsung nmpak kerasmiannya...kehadiran tetamu yang menunggu sejam untuk majlis dimulakan...
habis sume protocol dilanggarnya...semua tetamu bosan dan jelek? semua mata tertumpu pada anda...anda tidak sedar dan tidak paham pun apa yang anda katakan...
skrip MC x boleh dibaca akibat kegelapan malam yang kematian lampu...(sape punye keje da)...
sambil melihat bahagian teknikal juga miliki masalah yang sama...namun MC ini masih tidak mampu untuk mengalihkan perhatian tetamu...
Apa agaknya yang penulis mahu sampaikan...


Mungkin ada yang berfikir...teruk betul MC tersebut...ataupun malunya MC mcm tu...ataupun kesian MC tu...ataupun Mana MC ko cekup ni da...ataupun la MC ni ker.. dia memang macam tu...ataupu anda tidak berfikir kerana malas hendak memikirkannya...


Moral of the story...penulis amat berharap MC itu perlu sedar bahawa hidup ini merupakan ujian yang berterusan...jika itupun sudah dianggap teruk...fikirkan la lebih ramai yang ditimpa ujian yang berupa kesusahan dan kesenangan yang dasyat sehingga boleh menggugat iman dan islam... belajarlah dari kesilapan diri...belajarlah dari pengalaman hidup sendiri...itu akan membuatkan anda lebih matang dari yang anda fikirkan...untuk berkongsi cerita dan pengalaman itu juga satu ilmu yang berharga bagi yang menghargai kehidupan dan pengalaman...
pengalaman tidak boleh dijual beli...tidak diajar didalam kuliah atau berlaku dalam mimpi...tapi ia merupakan proses hidup dalam menghadapi sesuatu scara fizikal, mental , emosional, dan rohani...

Selamat Menyambut Bulan barakah bulan Ramadhan...madrasah tarbiyyah...
Ku mengharap kan ramadhan...kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...
ku mengharap pada tuhan...
diterima amalan...

Monday, August 25, 2008

segulung skrol ijazah?


dah grad da senior2ku...(abg teyo dan abg apih yg akan dirindui...)



aku bila lagi?(mereka sudah terbang ke dunia luar yang lebih mencabar...ku doakan semoga terus istiqamah)



insya allah 2 taun lgi merasa la aku pkai jubah ni...(masih banyk cabaran y perlu dtempuhi dalam dunia kampus ni...macam mane nak pusing gamba ni da...)



aku rase mcm nk paki jubah sendiri je...

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz


TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.




Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

ImageBila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

ImageJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

Sunday, August 24, 2008

Sebaik-baik perbuatan adalah bersederhana


SEBAIK -BAIK TINDAKAN
BERSEDERHANA

Tindakan adalah suatu yang tidak dapat dielak. Apabila tiba masa dan saat ketikanya , mahu tidak mahu kita terpaksa bertindak. Cuma tindakan biasanya diambil berasaskan elemen yang berbeza . Ada yang bertindak berasaskan perasaan . Perasaan marah , benci , dendam , sakit hati , hasad , panas baran , rasa diri yang lebih betul dan sering mencurigai pihak yang lain.

Tindakan yang melandasi perasaan ini biasanya bersifat terburu - buru . Selalunya membawa kesan yang negatif . Tetapi bagi yang bertindak sedemikian akan rasa puas hati kerana berjaya melepaskan perasaannya. Dia mungkin tidak memperdulikan lagi apa akibat tindakannya. Mungkin juga suatu ketika ia menyesal atas tindakannya. Namun apa boleh buat , penyesalan di kemudian hari tentu sahaja tidak membawa apa - apa makna kepada kita.

Sewaktu kita mengurus perjuangan Islam ini , tindakan ini ( berasaskan perasaan semata - mata ) adalah salah . Sekalipun sewaktu kita berhadapan dengan musuh . Sebab itu saidina Ali Karramallhuwajhah sewaktu mengangkat pedang untuk membunuh musuh tiba - tiba musuh meludah mukanya , lalu Saidina Ali membatalkan hasrat untuk memancung leher musuh tersebut . Bila ditanya kenapa beliau tidak bertindak , Saidina Ali menjawab , jika aku bertindak maka tindakan itu bukan lagi kerana Allah tetapi kerana perasaan marah disebabkan mukanya diludah.

Sekali pandang kepada kisah ini , kita rasa ia mungkin satu hikayat . Tapi inilah realiti sebuah pengurusan perasaan yang sukar tetapi wajar .

Kita biasa dengar orang - orang tua berkata , menurut perasaan binasa badan . Ia sememangnya suatu implikasi yang diketahui . Cuma manusia sering terperangkap dalam kehendak perasaan yang sukar dikawal . Tambahan pula didorong oleh sejarah silam yang cukup tragis dalam hidupnya.

Nabi kita Muhammad saw. ada mengajar ummatnya agar kasih kerana Allah dan benci juga kerana Allah . Pastinya inilah tindakan yang betul . Kita bertindak berasaskan wahyu dan sunnah meskipun terkadang wahyu tidak memihak kepada perasaan dan kemahuan kita .

Mungkin hati kita tidak puas kerana tidak dilepaskan sekehendaknya , tapi Nabi kita setuju apabila tindakan itu mengikut manhajnya. Nabi saw. sendiri pernah bertindak dengan satu tindakan yang beliau sendiri tidak selesa dengan tindakan tersebut , tetapi bila ia didorong oleh wahyu atau firman Ilahi , maka Nabi melakukannya tanpa bantah. Inilah yang Nabi lalui sewaktu bertindak seperti mengalah kepada musuh dalam perjanjian Hudaibiyyah .

Menariknya apabila tindakan itu berasaskan wahyu dan sunnah , endingnya ialah kejayaan . Walau mungkin kita ditipu dan dianiaya oleh musuh , namun Allah kata , cukuplah ia sebagai penentu dan cukuplah Ia menanganinya.

Insan mukmin pasti yakin dan percaya kepada Allah swt. , kecuali mereka telah mengalami sindrom nas phobia atau krisis keyakinan kepada wahyu Ilahi .

Kita sering terlajak sikap dan terlanjur tindakan . Tapi janganlah sampai terbawa - bawa sehingga merempuh sempadan nas wahyu dan sunnah . Kalau sudah nas dibaca kepada kita , pula dibaca oleh orang yang memahami dan mengusai nas tersebut , maka kita yang tidak menguasainya boleh berkata , "... betul lah itu ayat quran , tetapi ... bla ...bla ....bla "

bila kita berdepan dengan nas yang jelas dan sorih , bertapi apa lagi melainkan kita diminta akur dan melaksanakan tuntutan nas tersebut. Kecuali ada nas lain yang boleh ditafsirkan dalam tindakan yang berlainan dengan nas yang pertama tadi .

Percayalah , hebat mana tahap kita berfikir dan sepintar mana kita mengatur strategi , jika kita bersikap kontra dengan nas , maka tindakan itu adalah salah dan salah dan salah .

Nasihat saya , buat diri sendiri terutamanya dan buat semua kita , berpada - pada lah dalam tindakan . Jangan melampau sangat . Jangan over sangat . Nanti orang nampak kita ni tidak matang dan ghuluw .

kalau nak terima sesuatu , terimalah secara sederhana . Kalau nak sokong sesuatu , sokonglah berpada - pada . Jangan diturut sangat perasaan dan keinginan kita yang hanya kita mahu sedemikian sedang yang lain mungkin tidak sebagaimana kita .

Nabi saw. kata : Sebaik - baik tindakan ialah pertengahannya. so jangan over nanti orang kata kita ni Matt Over . :)

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Belajar berfikir


Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
- Confucius

Benar sekali kata-kata Confucius itu.

Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!

Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan.

Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.

“Agama tidak tertegak dengan logik akal”, tegasnya.

“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”, itu jawabnya.

Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir.

Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal. Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua.

Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.

BERFIKIR TANPA BELAJAR

Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir mesti segera bertemu bekal, agar jangan sudahnya bebal.

Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya. Tetapi sedikit sekali usaha untuk menjawabnya.

Bersoal jawab adalah proses belajar yang penting. Tetapi tasawwur sukar dibina hanya dengan soal jawab. Bertanya kepada google.com atau Ustaz Haji Google.Com, kedua-duanya akan membekalkan kita dengan jawapan, tetapi tidak membantu membina gambaran.

Kita menyoal dan bertanya…

“Kenapa Islam menegah homoseksualiti? Sedangkan 1/10 penguin adalah gay!”, tanya satu soalan.

“Kenapa Allah berkata bahawa bumi dicipta selama enam hari sedangkan Sains membuktikan sebaliknya?”, tanya soalan kedua.

Soalan ini boleh berterusan dan tidak berkesudahan. Tetapi memperolehi jawapan secara pasang siap, tanpa diketahui proses untuk menghasilkan jawapan itu, akan menyebabkan soalan yang dijawab bersambung dengan soalan yang seterusnya. Dan selepas siri soalan itu terjawab, banyak soalan sudah selesai tetapi lebih banyak lagi soalan lain yang datang.

Ia adalah kepingan-kepingan puzzle yang tidak bercantum.

Justeru orang yang banyak bertanya, kerana banyak berfikir, harus banyak belajar. Belajar dalam erti kata bukan setakat bergantung kepada jawapan hasil soalan, tetapi harus belajar mengenal proses menghasilkan jawapan itu.

Misalnya, sebutan 6 hari, adalah sebutan yang bergantung kepada terjemahan al-Quran. Sedangkan di dalam bahasa asal al-Quran, sebutannya ialah sittah ayyaam. Perkataan ayyaam di dalam Bahasa Arab, tidak terikat hanya kepada apa yang diterjemahkan sebagai HARI iaitu himpunan satu unit masa yang terbentuk dari 24 jam. Kalimah ayyaam boleh diertikan sebagai peringkat atau marhalah… justeru keterangan al-Quran tentang cara Allah mencipta bumi, tidak harus difahami dengan hanya bergantung kepada terjemahan, sebaliknya harus kembali kepada Bahasa Arab.

Adakah sittah ayyam itu enam hari, enam marhalah (stages) atau enam apa?

Sudikah anda belajar Bahasa Arab?

Kata Confucius, “berfikir tanpa belajar itu merbahaya”. Merbahayanya ia adalah pada terjun ke laut tanpa pelampung, berenang di lautan tanpa diketahui pantainya. Selepas segala maklumat diperolehi dari capaian internet di hujung jari, apa yang terus menjadi beban ke atas golongan ini, adalah kegagalannya melihat rupa bentuk agama.

Mana hujung, mana pangkalnya.

Mana pintu, mana tingkapnya.

Menyoal pelbagai isu tentang al-Quran tetapi tiada kesudian untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Bahasa Arabnya, asbab al-nuzul, ghara’ib lafaznya, nasakh mansukhnya, sudikah manusia yang banyak berfikir ini belajar?

Atau banyak berfikir dan banyak bertanya, tetapi apa yang diinginkan hanya keputusan akhir semata. Boleh atau tidak, halal atau haram… tetapi enggan berusaha memahami prosesnya.

Pelajar bukan pemikir sia-sia.
Pemikir bukan pelajar merbahaya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

convo square...


Square...round...triangle...? itu bukan persoalan lagi bila berbicara mengenai pesta convo kali ini.kalau dulunya ia bertapak diatas tanah yang becak apbila hujan kini berpindah diatas tanah keras berlapik tar..bahang membaham ketika mentari gah menunjukkan dirinya terus tanpa berlapik awan...peluh2 jantan dilihat terus mengalir sewaktu booth-booth masing2 diasak-asak dengan pengunjung dan tuan punya booth.Tapi itu bukan cerita yang ingin diutarakan oleh penulis kali ini.Keghairahan pelajar-pelajar dalam menjayakan dan memeriahkan pesta convo kali ini amat dirasai oleh penulis. Semalam persembahan nabil raja lawak malaysia.Hujan turun dengan lebatnya diselangi dentum-dentuman guruh dan kilat saling sabung menyabung namun peminat setia nabil masih gah menunggu untuk mendengar dan menonton kerenah dan celotehnya dalam menghiburkan peminat setia dibawah sana.ketika itu penulis masih sibuk menerjah hujan dicelah-celah booth untuk sampai ke destinasi booth yang ingin dituju.sesampai sahaja di booth penulis terus mambantu sahabat mengemaskan barang-barang yang tadinya disimpan dalam kelam kabut kerana hujan turun dengan lebatnya sehingga tempias ke dalam booth.Persembahan nabil masih bertenaga.Kadang kala terdengar gelak ketawa ria paa pengunjung yang tercuit hati mendengar celoteh nabil.Penulis masih berkemas di dalam booth.Akhirnya persembahan berakhir lantas pengunjung pun pulang ke kediaman masing2...Salahkah berhibur?
salahkah bergurau senda bergelak ketawa?
salahkah membuat orang lain ketawa?

Maksud hadith:"celakalah(3x) org yang beromong kosong dan membuat orang ketawa dan berdusta"-riwatat at-tarmizi.

Penulis bukanlah melarang sekeras-kerasnya untuk kita bergurau sekali sekala menghilangkan stress ataupun tension kononnya.Tetapi jika difikirkan kembali itulah realiti masyarakat kita sekarang yang sanggup berhujan panas jika melibatkan hal-hal hiburan.Bayangkan jika itu adalah majlis ilmu yang berbentuk forum atau kuliah atau ceramah sudah tentu sudah ramai yang angkat kaki.
Begitulah kini realiti masyarakat yang obses dan sebati dengan hiburan.

Diriwayatkan juga bahawa nabi pernah bersabda:"sekiranya umatku mengetahui apa yang aku ketahui nescaya mereka akan lebih banyak menangis daripada ketawa"
dan ketahuilah juga para sahabat sekalian...banyak ketawa itu mematikan hati...
correct me if i'm wrong...wassalam

Friday, August 22, 2008

Pilihan Raya Kampus di UTP Dimansuhkan?


Setiap kali semester Julai muncul setiap tahun, satu perkara yang pasti menjadi tumpuan ramai ialah pilihanraya kampus untuk memilih MPP. Jika tahun lepas tiada orang yang bertanding dan menyebabkan MPPUTP 2007/08 menang tanpa bertanding, kali ini lebih dahsyat lagi bahawa kemungkinan tiada pilihanraya semester ini. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah MPP sudah tidak relevan pada student UTP sendiri? Isunya adalah seperti di bawah.

MPPUTP 2007/08 membuktikan bahawa mereka bukanlah budak suruhan management apabila mereka mengambil keputusan pada kali ini untuk membantah keputusan management yang mengetatkan syarat-syarat pilihanraya dan menjurus kepada hanya 2 batch bagi jurusan kejuruteraan boleh bertanding manakala mereka yang mengambil jurusan teknologi hanya 1 batch boleh bertanding. Dalam rules and regulation pada pilihanraya tahun lepas, menyatakan bahawa MPP perlu berada 2 sem penuh untuk berkhidmat.

Tetapi dengan mengambil pendekatan bahawa ini akan menyebabkan pencabulan demokrasi berlaku di kalangan UTP students, MPPUTP bangun melawan isu ini. Ini kerana jika syarat ini di teruskan, MPP akan datang juga dilihat tidak mewakili semua pelajar UTP. Dalam 60 batch dari pelbagai aliran di UTP ini, hanya 12 batch sahaja boleh bertanding merebut kerusi MPP.Hasil perbincangan pertama antara MPP dengan JPSP iaitu SPR bagi pilihanraya MPP, ada cadangan dari management untuk membuat pilihanraya pada bulan Januari supaya menambah lebih banyak batch boleh menyertai pilihanraya.

Perkara ini dilihat akan membebankan MPP sendiri pada waktu itu yang tidak sempat untuk menguruskan organisasi terbesar di UTP dan terpaksa catch up dengan pelajaran lagi pada waktu itu. Banyak gerak kerja perlu di lakukan pada peringkat awal dari sudut planning, halatuju dan sebagainya.

Dari pihak MPP sendiri mencadangkan supaya mengadakan pilihanraya kecil jika berlaku kelompongan mereka yang terpaksa menyambung pelajaran ke internship. Ini dilihat lebih relevan kerana seperti mana yang kita tahu university kita mempunyai internship dalam jangka masa 8 bulan, justeru kita tidak perlu takut untuk membuat perubahan terhadap sisitem pilihanraya kita bila mana praktikal kita memang sudah sedia lain dari lain university. Perlukah kita takut untuk berubah?

Namun dimanakah student bila mana MPP memperjuangkan isu mereka di mata management? Adakah mereka tidak sedar bahawa ini akan member impak kepada perwakilan mereka? Bangkitlah…

Siswa UiTM rela kena tindakan




SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.

“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.

Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.

Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.

Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.

Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.

MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.

“Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera.

“Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Luqmannulhakim.

Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.

Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.

Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.

Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM. - MALAYSIAKINI

Abdur Rahman bin Auf



His business thrived. His wealth knew no bounds. But so was his generosity.
Hazrath Abdur Rahman bin Auf was one among the earliest of companions of Prophet Muhammad (Pbuh). He said the shahadah two days after Hazrat Abu Bakr came into the fold of Islam. He was a doughty warrior and remained steadfast with Islam despite heavy odds. He was even among those who migrated to Abyssinia (Habsha) under the command of Jaffer bin Abi Talib.

Prior to conversion to Islam, he was known as Abd Amr. The Holy Prophet named him as Abdur Rahman and later he became known as Abdur Rahman bin Auf.
When he migrated to Madinah, he was offered a garden by Saad bin Rabi who also wanted to divorce one of his two wives in order that Abdur Rahman could marry her. But Abdur Rahman requested him to tell the direction of the market in Madinah in order that he could set up his business. The business thrived and he grew into a wealthy man. One day when he came to the Prophet, the fragrance from his person attracted the Holy Prophet. On enquiry, he informed the Prophet that he had married. The Prophet then asked him if he had paid any mehr (dower) to his bride and asked him to arrange valeema even if he could afford to sacrifice just a goat. He informed the Prophet that he had offered a piece of gold to the bride in mehr. He is quoted to have once said that such is his fortune that he strikes gold even if he lifts a stone.
He was extremely generous in charity. Once the Prophet made a general appeal for Jehad fund. Abdur Rahman went inside his house and brought 2,000 Dinars. He told the Prophet that he had 4,000 Dinars with him, of which he had left half for the family. The Prophet prayed for the acceptance of what was offered for the Jehad and for barakah (increase) for what has been left for the family. The war of Tabuk saw him turning over a lot of money and goods for the war fund in as much as the Prophet had to ask him if he had left anything behind for the family. It was a rare privilege for him to have led a prayer as imam in which the Prophet joined the namaz in the second rakah. This happened at a place where the Muslim armies were stationed during their march to the battlefield of Tabuk. He was a participant in the battles of Badr and Uhud. He was one among the companions who was stationed on a strategic hillock in the battlefield of Uhud. He remained steadfast and fought valiantly against the Makkan army even though several other companions left the battlefield in violation of the Prophet’s strict command. This proved costly. He was severely injured.

Abdur Rahman bin Auf used to take extreme care of the holy wives of the Prophet after the death of the Prophet. He would send them money for household expenses, arrange horses or camels for their journeys and send a green veil for their seats on the animal backs. Once the sale of an estate fetched 40,000 Dinars. He sent a good part of it for Bani Zuhra, the family of the Prophet’s mother. Remainder amount was also distributed among the holy wives of the Prophet.

He prospered through his business. His wealth knew no bounds. Once his merchant caravan comprising 700 camels entered the city of Madinah. It appeared as if the earth beneath their feet was trembling. When Hazrath Ayesha asked about the vibrations, she was told about the arrival of Abdur Rahman’s merchant caravan. She sent him the good tidings of being selected for the paradise (one among those ten who were so informed). She said, the holy Prophet had once told her that Abdur Rahman bin Auf would enter paradise while jumping with joy. On hearing this, Abdur Rahman immediately came to the court of Hazrath Ayesha and sought confirmation. When she confirmed the Prophet’s glad tidings, he offered the entire range of goods which included expensive garments, utensils, perfumes, oils and wheat etc, towards charity in the way of Allah.

Thereafter, he became even more generous. Once he donated 500 trained war horses and at another occasion he bought 1,500 Arabian horses to be distributed among the warriors. He left a will asking his successors to pay 400 Dinars out of his inheritance among the holy companions of the Prophet who participated in the battle of Badr. There were at least 100 such companions who received the payment. Despite this, he left nearly 1,000 camels, 400 horses and 3,000 goats. His death widowed four of his wives. The gold and silver ingots had to be cut into pieces with pickaxes to be distributed among the inheritors.

But his affluence did not alter his state of mind. He was the same humble self as he came from Makkah. He would often remember the early, difficult days of Islam when the companions of the Prophet sacrificed their lives for the sake of Islam. Among them, he would refer to martyr Wahab bin Umair whose body had to be buried with a coffin that barely covered his body.

His funeral prayers were led by Hazrath Usman Ghani and his body was lowered into the grave by Saad bin Abi Waqas. Hazrath Ali commented in the following words: Abdur Rahman, you have bargained for the genuine coins while rejecting the fake coins of worldly opulence.

sembilan pembaziran




IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

1. Ilmu pengetahuan.

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan.

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan.

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati.

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan.

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta.

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa.

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir.

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara

1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, segera bayar.

5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.

6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.

7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.

8.Apabila bersetubuh, segera mandi.

9.Aapabila anak cukup umur, apabila ada orang minta segera nikahkan.



Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.

~ 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam ~



Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.


2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)


3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.


4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.


5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.


6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.


8. Seseorang yang diundang ke jamuan ataum majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.


9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.


Wassalam.


'Cintailah Yang Memberi Nikmat Dan Jangan Engkau Cintai Nikmat Yang Diberikan.'

di suatu petang...


Hari demi hari hari berlalu tetapi kadang kala tidak ramai yang siapa sedar bahawa usia yang semangkin meningkat itu merupakan indikator kepada saat kematian yang semakin dekat. ya hari masih muda...zaman masih panjang...perjalanan masih jauh...akal masih cetek...hidup baru bermula...ilmu baru panjang sejengkal...Namun adakah itu merupakan alasan dan jawapan terbaik bagi kita untuk selamanya mengelak daripada berfikir tentang kematian...di sautu petang jumaat selepas pulang dari solat asar,membaca al-mathurat,memberi santapan beberapa kepingan roti kepada ikan,membaca beberapa potongan kalam allah beserta maksudnya,selepas membaca dan menelaah beberapa tulisan dan pandangan di halaman-halaman penulis-penulis blog yang tumbuh kian pantas bak pantasnya kerdipan mata berkelip, diri ini mula ter ilham untuk jua sama berkongsi di pautan maya ini dengan berbekalkan ilmu,pengalaman,pendirian dan harapan dengan pembaca2 yang sudi meluangkan masa membaca coretan, luahan pandangan dan perkongsian ilmu,maklumat,info,penerangan tentang sesuatu isu yang akhirnya masih boleh ditolak, diterima,dikritik mahupun disokong...berfikirlah dan renungkanlah dengan didasari wahyu,ilmu,fakta,logik,rasional dan emosi...semua perkataan dan pandangan masih boleh diterima dan ditolak serta dipertikaikan kecuali kalam ALLAH dan rasulnya...
"erti hidup pada memberi...", "jadilah seperti pancang ditengah arus"...berbekalkan dua prinsip ini insya allah perkongsian dan penulisan ini akan diteruskan lagi...wallahu'alam...(kalam pertama)